Jumat, 04 November 2011

PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

DEFINISI USAHAWAN
1.Usahawan diambil daripada perkataan entreprendre dalam bahasa Perancis yang bermaksud between-taker atau go between, iaitu seseorang yang sanggup memikul atau mencuba sesuatu.
2. Usahawan menurut kamus dewan berasal daripada perkataan usaha yang bermaksud daya usaha, ikhtiar, kegiatan, atau pekerjaan untuk melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu pekerjaan.
3. Menurut Richard Cantillon (1725), usahawan ialah seseorang yang sanggup memikul tugas atau mencuba sesuatu. Usahawan ialah pengambil risiko.
4. Menurut Adam Smith (1776) dalam Wealth of Nationnya, usahawan dianggap sebagai individu yang membentuk organisasi bagi tujuan komersial. Mereka berpandangan jauh dan berupaya mengenal pasti potensi permintaan terhadap produk dan servis.

 
DEFINISI KEUSAHAWANAN
1.Knight (1921), keusahawanan sebagai penghasilan keuntungan kesan daripada sanggup menerima risiko dan ketidakpastian.
2.Schumpeter (1934), keusahawanan bermaksud menjalankan kombinasi baharu organisasi firma seperti produk atau servis baharu, sumber baharu bahan mentah, kaedah pengeluaran yang baharu, pasaran baharu, dan bentuk organisasi baharu.
Ciri-ciri yang terdapat dalam definisi keusahawanan (Gartner, W.B,”what are we talking about when we talk about enterpreneurship?, Journal of business writing, Vol 5, 1990, ms15-28):
1.     Proses
2.    Usahawan
3.    Inovasi
4.    Wujudkan organisasi
5.    Penciptaan nilai
6.    Keuntungan/bukan keuntungan
7.    Pertumbuhan
8.    Keunikan



SEJARAH KEUSAHAWANAN
1. Peringkat awal
Usahawan terdiri dari saudagar yang juga menjadi pengembara. Marco polo merupakan saudagar yang memperkenalkan istilah go-between. Beliau mencuba mewujudkan laluan perniagaan bagi menjual produk ke Timur Jauh. Pada zaman ini, pemilik wang akan menyediakan wang atau pinjaman kepada saudagar. Saudagar mengambil peranan aktif dalam perniagaan. Apabila saudagar telah menjual barangannya dan kembali, keuntungan akan dibahagikan 75% pemberi pinjaman dan 25% pedagang. Pemodal mengaut keuntungan yang melampaui daripada sistem riba yang diamalkan sehingga menindas peniaga.
2. Peringkat pertengahan
Usahawan mengurus projek pengeluaran yang berskala besar tetapi individu ini tidak akan menanggung sebarang risiko dalam projek pengeluaran tersebut. Sumber projek daripada kerajaan.
3. Abad ke-17
Usahawan telah mula terlibat dalam persetujuan kontrak dengan golongan pemerintah dan harga kontrak yang ditetapkan oleh mereka. usahawan mungkin mendapat keuntungan atau kerugian atas persetujuan kontrak. Perkataan usahawan mula diperkenalkan Richard Cantillon (1725). Ia melihat usahawan sebagai pengambil risiko apabila kita ‘beli pada harga yang pasti dan menjual pada harga yang tidak pasti’.
4. Abad ke-18
Usahawan sebagai individu yang mempunyai atau memberi modal (venture capitalist) dibezakan dengan individu yang memerlukan modal (usahawan) pada abad ini. Perkembangan sektor perindustrian telah menuntut usahawan agar berusaha untuk merebut peluang demi kemajuan diri dan negara.
5. Pertengahan abad ke-20
Usahawan dilihat sebagai seseorang yang memperkenalkan sesuatu yang baharu atau pencipta yang membawa kepada perubahan. Konsep perubahan merupakan salah satu bahagian yang penting dalam bidang keusahawanan. Perubahan melibatkan penciptaan produk baharu, sistem pengagihan baharu, dan kaedah untuk membentuk struktur syarikat baharu. Keupayaan untuk berinovasi juga membezakan usahawan dengan yang buka usahawan.
6. Abad ke-21
Usahawan pada abad 21 dicabar dengan kompleksiti dan kepelbagaian termasuk karena teknologi yang semakin canggih, persaingan yang lebih sengit, dan masalah tuntutan pekerja yang semakin kompleks.

TEORI KEUSAHAWANAN

1. Keusahawan daripada perspektif ekonomi
Adam Smith dalam Wealth of Nation, usahawan sebagai individu yang membentuk organisasi untuk tujuan komersial. Usahawan dilihat sebagai individu yang berpandangan jauh dan mampu mengenal pasti dan mencari peluang perniagaan serta bertindak terhadap perubahan ekonomi.
2. Keusahawanan daripada perspektif sosiologi
Model sosiologi kemunculan seseorang usahawan (Gibbs:1972): anjakan negatif, tempoh peralihan, tarikan positif, tolakan positif.
3. Keusahawanan daripada perspektif psikologi
Ciri personaliti yang membedakan usahawan dan bukan usahawan ialah keperluan kepada pencapaian, lokus kawalan, dan kecenderungan mengambil risiko.
Individu yang mempunyai keperluan pencapaian yang tinggi biasanya akan mempunyai kehendak yang kuat untuk menyelesaikan masalah sendiri, suka meletakkan matlamat dengan usaha sendiri, dan suka menerima maklum balas terhadap apa yang telah dilakukannya.
Pada lokus kawalan, ada 2 jenis individu, yaitu individu yang punya lokus kawalan luaran (seseorang yang percaya bahawa apa yang berlaku kepada mereka adalah secara kebetulan, mengikut nasib, atau disebut desakan luaran yang di luar kawalan mereka. individu yang punya lokus kawalan dalaman ialah mereka mengawal sebahagian masa depan mereka melalui usaha mereka sendiri.
4. Keusahawan daripada perspektif Islam
Perniagaan dalam bahasa arab disebut al-buyu’. Pada alqur’an surah al-baqarah 275 bermaksud “dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”. Pendekatan yang dikaitkan dengan keusahawanan dan sistem ekonomi Islam:
a) Kesepaduan : tidak memisahkan agama dengan apapun jua karena Islam adalah cara hidup yang lengkap dan bersepadu.
b) Fitrah insan: Usahawan Islam berniaga bukan untuk mencari keuntungan dan kekayaan semata-mata tetapi sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah.
c) Dorongan: proses mencari kekayaan, niat, cara, pengurusan, dan penggunaannya mengikuti panduan dalam Islam.
d) Ibadah: keusahawanan digalakkan dalam Islam dan merupakan ibadah, merupakan fardhu kifayah, dan dapat memberi perkhidmatan kepada masyarakat.
e) Kedudukan perniagaan dan usahawan: usaha perniagaan menyediakan kemudahan, menggariskan peraturan, dan panduan.
f) Sistem: keusahawanan Islam sebaik-baiknya wujud dalam sistem ekonomi.
g) Garis panduan: ada garis panduan bagi aktiviti keusahawanan Islam
SUMBANGAN ATAU MANFAAT KEUSAHAWANAN
1. Sumbangan kepada individu usahawan
Bidang keusahawanan boleh memberikan sumber rezeki, memberi status dan imej yang tinggi, dan masa depan yang cerah.
2. Sumbangan kepada masyarakat
Penemuan baharu dapat meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat dan agama. Usahawan dapat memberikan peluang pekerjaan baharu dalam menjalankan operasi syarikat, menyumbangkan kemahiran, menyumbangkan keahliannya dalam kursus/ceramah, dan lain-lain.
3. Sumbangan kepada negara
Usahawan membantu negara melalui usaha pembangunan sosioekonomi, peningkatan pendapatan perkapita, dan peningkatan produktiviti negara.
CIRI-CIRI PERSONALITI USAHAWAN BERJAYA
1. Komitmen dan keazaman
2. Berinisiatif dan bertanggungjawab
3. Senantiasa melihat dan merebut peluang yang ada
4. Toleransi terhadap risiko, kekaburan, dan ketidakpastiaan
5. Berfikir kreatif dan berinovasi
6. Berkeyakinan tinggi dan bersifat optimistik
7. Sanggup belajar daripada kesilapan dan kegagalan
8. Tahap tenaga yang tinggi
9. Berwawasan tinggi
10. Berupaya memimpin
11. Kehendak kepada respon atau maklum balas segera
MITOS KEUSAHAWANAN (kuratko dan hodgetts:2001):
1. Usahawan ialah pelaksana bukan pemikir
2. Usahawan dilahirkan dan bukan dibentuk
3. Usahawan biasanya seorang pencipta
4. Usahawan ialah golongan yang tercicir dalam akademik dan masyarakat
5. Usahawan mesti memiliki semua ciri atau profil tertentu
6. Apa yang usahawan inginkan ialah wang
7. Apa yang diperlukan oleh usahawan hanyalah nasib
8. Kejahilan ialah kelebihan bagi usahawan
9. Usahawan adalah ibarat penjudi yang mengambil risiko yang tinggi
10. Usahawan mencari kejayaan tetapi mengalami kadar kegagalan yang tinggi

1 komentar:

Oleg mengatakan...

Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.